Kekasihku, Aku telah menghadiahkan pena ini daripada atas Arasy-Ku kepada Muawiyah bin Abu Sufyan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: هبط علي جبريل، ومعه قلم من ذهب إبريز، فقال جبريل: إن العلي الأعلى يقرئك السلام، ويقول لك: حبيبي: قد أهديت هذا القلم من فوق عرشي، إلى معاوية بن أبي سفيان، فأوصله إليه، ومره أن يكتب آية الكرسي بخطه بهذا القلم، ويشكله، ويعجمه، ويعرضه عليك، فإني قد كتبت له من الثواب بعدد كل من قرأ آية الكرسي من ساعة يكتبها إلى يوم القيامة إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jibril telah turun kepadaku dan bersamanya ada pena yang diperbuat daripada emas tulen. Lalu Jibril berkata: Sesungguhnya yang Maha Tinggi menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: Kekasihku, aku telah menghadiahkan pena ini daripada atas Arasy-Ku kepada Muawiyah bin Abu Sufyan, maka sampaikanlah ia kepadanya dan suruhlah dia menulis ayat al-Kursi dengan tulisannya dengan pena ini, membariskannya, meletakkan titik, dan mempersembahkannya kepadamu. Aku telah menuliskan baginya pahala sebanyak semua orang yang membaca ayat al-Kursi daripada saat dia menulisnya sehinggalah hari kiamat…sehingga akhir hadith.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 403, hadis nombor 148. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، وأكثر رجاله مجاهيل، وقد رواه ابن عساكر من وجه آخر، قال في الميزان: الخبر باطل، ورواه النقاش من وجه آخر، وفي إسناده: وضاع.

Ia palsu. Kebanyakan perawinya adalah majhul (tidak dikenali). Ia diriwayatkan juga oleh Ibn Asakir daripada sanad lain. Dia berkata dalam al-Mizan: Hadith ini batil. Diriwayatkan juga oleh al-Naqqash dari sanad yang lain. Pada sanadnya terdapat: pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.