Kekal begini sahajalah, tebusannya adalah bapa dan ibuku

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا خرج في غزاة كان آخر عهده بفاطمة وإذا قدم من غزاة كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزو تبوك ومعه عليّ رضوان الله عليه فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطاً، وعلقت على بابها ستراً، وصبغت مِقْنَعَتَها بزعفران، فلما قدم أبوها صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسَلْه ما يرده عن بابي فأتاه فسأله فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إني رأيتها أحدثتْ ثَمَّ شيئاً فأخبرها فهتكت الستر ورفعت البساط وألقت ما عليها ولبست أطمارها فأتاه بلال فأخبره فأتاها فاعتنقها وقال: هكذا كوني فداك أبي وأمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebiasaannya Rasulullah SAW apabila keluar berperang, individu terakhir yang Baginda temui adalah Fatimah. Apabila Baginda pulang daripada berperang, individu pertama yang Baginda kunjungi juga adalah Fatimah RA. Baginda pernah keluar ke Tabuk bersama ‘Ali RA, lalu Fatimah membentangkan hamparannya di rumahnya, menggantung langsir di pintunya dan mewarnakan anak tudungnya dengan za’faran. Apabila Nabi pulang dan mendapati keadaannya itu, Baginda patah balik dan duduk di masjid. Fatimah mengutuskan Bilal dengan berkata: Wahai Bilal, tanyakan kepada bapaku mengapakah Baginda berpatah balik daripada rumahku? Maka Baginda SAW menjawab: Saya dapati dia telah melakukan sesuatu yang baharu. Bilal menyampaikan jawapan Nabi kepada Fatimah. Maka Fatimah segera mencabut langsirnya, menyimpan hamparannya, dan membuang anak tudungnya, dan menyarung jilbab lamanya. Bilal pun bertemu Nabi SAW dan memberitahu apa yang sudah dilakukan oleh Fatimah. Baginda SAW pun pulang, lalu memeluk Fatimah dan berkata: Kekal begini sahajalah, tebusannya adalah bapa dan ibuku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1084, hadis nombor 5517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: كان إذا خرج في غزاة كان آخر عهده بفاطمة وإذا قدم من غزاة كان أول عهده بفاطمة رضوان الله عليها، فإنه خرج لغزو تبوك ومعه عليّ رضوان الله عليه فقامت فاطمة فبسطت في بيتها بساطاً، وعلقت على بابها ستراً، وصبغت مِقْنَعَتَها بزعفران، فلما قدم أبوها صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ورأى ما أحدثت؛ رجع فجلس في المسجد، فأرسلت إلى بلال فقالت: يا بلال اذهب إلى أبي، فسَلْه ما يرده عن بابي فأتاه فسأله فقال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إني رأيتها أحدثتْ ثَمَّ شيئاً فأخبرها فهتكت الستر ورفعت البساط وألقت ما عليها ولبست أطمارها فأتاه بلال فأخبره فأتاها فاعتنقها وقال: هكذا كوني فداك أبي وأمي. [حب، الضعيفة (6269)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata, Kebiasaannya Rasulullah SAW apabila keluar berperang, individu terakhir yang Baginda temui adalah Fatimah. Apabila Baginda pulang daripada berperang, individu pertama yang Baginda kunjungi juga adalah Fatimah RA. Baginda pernah keluar ke Tabuk bersama ‘Ali RA, lalu Fatimah membentangkan hamparannya di rumahnya, menggantung langsir di pintunya dan mewarnakan anak tudungnya dengan za’faran. Apabila Nabi pulang dan mendapati keadaannya itu, Baginda patah balik dan duduk di masjid. Fatimah mengutuskan Bilal dengan berkata: Wahai Bilal, tanyakan kepada bapaku mengapakah Baginda berpatah balik daripada rumahku? Maka Baginda SAW menjawab: Saya dapati dia telah melakukan sesuatu yang baharu. Bilal menyampaikan jawapan Nabi kepada Fatimah. Maka Fatimah segera mencabut langsirnya, menyimpan hamparannya, dan membuang anak tudungnya, dan menyarung jilbab lamanya. Bilal pun bertemu Nabi SAW dan memberitahu apa yang sudah dilakukan oleh Fatimah. Baginda SAW pun pulang, lalu memeluk Fatimah dan berkata: Kekal begini sahajalah, tebusannya adalah bapa dan ibuku. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.6269].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs