Kejahatan itu adalah satu keaiban

TEKS BAHASA ARAB

قال داود النبي – صلى الله عليه وسلم -: السيئات غضة: شوكها وحسكها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW bersabda bahawa Nabi Daud AS mengatakan: “Kejahatan itu adalah satu keaiban; durinya dan juga bunga tajamnya”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 112, hadis nombor 579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: قال داود النبي – صلى الله عليه وسلم-: السيئات غضة: شوكها وحسكها.
[ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5765)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa: Nabi Daud AS pernah mengatakan: “Kejahatan itu adalah satu keaiban; durinya dan juga bunga tajamnya”.
[Riwayat Ibn Ḥibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5765]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs