Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال داود النبي - صلى الله عليه وسلم -: السَيِئَاتُ غَضَّةٌ: شَوْكُهَا وحَسَكُهَا.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW bersabda bahawa Nabi Daud AS mengatakan: "Kejahatan itu adalah satu keaiban; durinya dan juga bunga tajamnya”.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 112, hadis no. 579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم: قال داود النبي - صلى الله عليه وسلم-: السيئات غضة: شوكها وحسكها. [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5765)]
(Daif) Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa: Nabi Daud AS pernah mengatakan: "Kejahatan itu adalah satu keaiban; durinya dan juga bunga tajamnya”. [Riwayat Ibn Ḥibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5765]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman