Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشؤمُ سوءُ الخُلُقِ.
Teks Bahasa Melayu
Kejahatan itu adalah akhlak yang buruk.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 19, hadis no. 45. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((الشؤم سوء الخلق)). [عد، ((الضعيفة)) (793)]
(Daif) Daripada A'isyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kejahatan itu adalah akhlak yang buruk. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.793]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman