Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا اختلف الزَّمانُ، واختلفتِ الأَهواءُ، فعلَيْكَ بِدِينِ الأعْرَابِي.
Teks Bahasa Melayu
Apabila berbezanya zaman, berbeza juga keinginan (hawa nafsu). Oleh itu, kamu perlu berpegang (percaya) pada agama orang-orang Arab.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1319, hadis no. 6730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عمهما مرفوعا: إذا اختلف الزمان، واختلفت الأهواء، فعليك بدين الأعرابي. [فر، ((الضعيفة)) (٢٢٠٤)].
(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila berbezanya zaman, berbeza juga keinginan (hawa nafsu). Oleh itu, kamu perlu berpegang (percaya) pada agama orang-orang Arab. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2204].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman