TEKS BAHASA ARAB
الهوى مغفور لصاحبه ما لم يعمل به أو يتكلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Keinginan diampunkan untuk tuannya selama dia tidak melakukan atau berkata-kata dengannya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis nombor 9953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الهوى مغفور لصاحبه ما لم يعمل به أو يتكلم)).
[حل، ((الضعيفة)) (1513)]
(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Keinginan diampunkan untuk tuannya selama dia tidak melakukan atau berkata-kata dengannya.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1513]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.