Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الهَوَى مغفورٌ لصاحِبِهِ ما لم يَعْمَلْ به أو يتكلمْ.
Teks Bahasa Melayu
Keinginan diampunkan untuk tuannya selama dia tidak melakukan atau berkata-kata dengannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis no. 9953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الهوى مغفور لصاحبه ما لم يعمل به أو يتكلم)). [حل، ((الضعيفة)) (1513)]
(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Keinginan diampunkan untuk tuannya selama dia tidak melakukan atau berkata-kata dengannya. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1513]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman