Kehilangan salah satu kaki bagi seseorang itu akan diampunkan setengah dosanya

TEKS BAHASA ARAB

ذهاب إحدى رجلي الرجل غفران نصف ذنوبه، وذهابهما كلاهما غفران ذنوبه كلها، وذهاب إحدى عينيه غفران نصف ذنوبه، وذهابهما كليهما استحلال الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kehilangan salah satu kaki bagi seseorang itu akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya akan menjadi sebab diampunkan semua dosanya. Kehilangan salah satu mata juga akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya membolehkan dia pergi ke syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1720, hadis nombor 8648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ذهاب إحدى رجلي الرجل غفران نصف ذنوبه، وذهابهما كلاهما غفران ذنوبه كلها، وذهاب إحدى عينيه غفران نصف ذنوبه، وذهابهما كليهما استحلال الجنة.)) [النرسي في ((منتقى من الجزء الثاني من حديثه))، ((الضعيفة))(828)].

(Palsu)
Daripada Ibnu Mas’ud RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kehilangan salah satu kaki bagi seseorang itu akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya akan menjadi sebab diampunkan semua dosanya. Kehilangan salah satu mata juga akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya membolehkan dia pergi ke syurga.))
[Riwayat al-Nursi dalam Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 828].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs