Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذَهابُ إحدَى رجلَي الرَّجلِ غفرانُ نِصفِ ذنوبِهِ، و ذهابَهما كلاهُما غفرانُ ذنوبِه كلِّها، و ذهابُ إحدَى عينيهِ غُفرانُ نصفِ ذنوبِهِ، و ذَهابُهما كليهِما استحلالُ الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kehilangan salah satu kaki bagi seseorang itu akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya akan menjadi sebab diampunkan semua dosanya. Kehilangan salah satu mata juga akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya membolehkan dia pergi ke syurga.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1720, hadis no. 8648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ذهاب إحدى رجلي الرجل غفران نصف ذنوبه، وذهابهما كلاهما غفران ذنوبه كلها، وذهاب إحدى عينيه غفران نصف ذنوبه، وذهابهما كليهما استحلال الجنة.)) [النرسي في ((منتقى من الجزء الثاني من حديثه))، ((الضعيفة))(828)].
(Palsu) Daripada Ibnu Mas'ud RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kehilangan salah satu kaki bagi seseorang itu akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya akan menjadi sebab diampunkan semua dosanya. Kehilangan salah satu mata juga akan menjadi sebab diampunkan setengah dosanya dan kehilangan keduanya membolehkan dia pergi ke syurga.)) [Riwayat al-Nursi dalam Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 828].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman