Kehilangan penglihatan merupakan sebab pengampunan dosa

TEKS BAHASA ARAB

ذهاب البصر مغفرة للذنوب، وذهاب السمع مغفرة للذنوب، وما نقص من الجسد فعلى مقدار ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kehilangan penglihatan merupakan sebab pengampunan dosa, kehilangan pendengaran juga dapat mengampunkan dosa, dan apa sahaja bentuk kekurangan daripada jasad maka akan diampunkan dosanya mengikut kadar yang kurang itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1720-1721, hadis nombor 8649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ذهاب البصر مغفرة للذنوب، وذهاب السمع مغفرة للذنوب، وما نقص من الجسد فعلى مقدار ذلك.)) [عد، أبو الحسن النعالي في ((حديثه))، أبو نعيم في ((تاريخ أصبهان))، خط، ((الضعيفة))(827)].

(Palsu)
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kehilangan penglihatan merupakan sebab pengampunan dosa, kehilangan pendengaran juga dapat mengampunkan dosa, dan apa sahaja bentuk kekurangan daripada jasad maka akan diampunkan dosanya mengikut kadar yang kurang itu.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil al-Dhu'afa' , Abu al-Hasan al-Na’ali dalam hadithnya, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 827].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs