Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذَهابُ البصرِ مغفرةٌ للذُّنوبِ ، و ذَهابُ السَّمعِ مغفرةٌ للذُّنوبِ ، و ما نقصَ من الجسَدِ فعلَى مقدارِ ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Kehilangan penglihatan merupakan sebab pengampunan dosa, kehilangan pendengaran juga dapat mengampunkan dosa, dan apa sahaja bentuk kekurangan daripada jasad maka akan diampunkan dosanya mengikut kadar yang kurang itu.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1720-1721, hadis no. 8649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kehilangan penglihatan merupakan sebab pengampunan dosa, kehilangan pendengaran juga dapat mengampunkan dosa, dan apa sahaja bentuk kekurangan daripada jasad maka akan diampunkan dosanya mengikut kadar yang kurang itu.)) [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil al-Dhu'afa' , Abu al-Hasan al-Na’ali dalam hadithnya, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 827].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman