Kehidupan di dunia bersamaan dengan tujuh hari di akhirat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدنيا كلها سبعة أيام من أيام الآخرة، وذلك قول الله تعالى:{وإن يوماً عند ربك كألف سنة مما تعدون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kehidupan di dunia kesemuanya bersamaan tujuh hari daripada hari-hari akhirat, ia berdasarkan firman Allah Taala: {Dan sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut hitungan kamu} (Surah al-Haj, ayat 47).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1334, hadis nombor 6817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: الدنيا كلها سبعة أيام من أيام الآخرة، وذلك قول الله تعالى: {وإن يوماً عند ربك كألف سنة مما تعدون}.
[ابن شاهين في ((رباعياته))، الفلاكي في ((الفوائد))، السهمي، فر، ((الضعيفة)) (3611)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kehidupan di dunia kesemuanya bersamaan tujuh hari daripada hari-hari akhirat, ia berdasarkan firman Allah Taala: {Dan sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut hitungan kamu} (Surah al-Haj, ayat 47).
[Riwayat Ibn Shahin dalam Ruba'iyyatihi, al-Fallaki dalam al-Fawa'id, al-Sahmi, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3611]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.