TEKS BAHASA ARAB
أشد الناس عليكم الروم، وإنما هلكتهم مع الساعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kaum yang paling kuat menentang kamu adalah bangsa Rom. Kehancuran mereka hanyalah saat menjelang hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis nombor 6754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن المستورد رضي الله عنه، قال: بينا أنا عند عمرو بن العاص، فقلت له: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: أشد الناس عليكم الروم، وإنما هلكتهم مع الساعة. فقال له عمرو: ألم أزجرك عن مثل هذا.
[حم، ((الضعيفة)) (2784)].
(Lemah)
Daripada al-Mustawrid RA telah berkata: Ketika aku sedang bersama ‘Amr bin al-‘As, aku berkata kepadanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kaum yang paling kuat menentang kamu adalah bangsa Rom. Kehancuran mereka hanyalah saat menjelang hari kiamat. ‘Amr bin al-‘As pun berkata: Bukankah aku telah melarangmu daripada perbuatan seperti ini (mengungkapkan kata-kata ini)?.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2784]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.