TEKS BAHASA ARAB
من إكفاء الدين تفصح النبط، واتخاذهم القصور في الأمصار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara tanda terbaliknya agama ialah kefasihan bangsa al-Nabat dan pembinaan mereka terhadap istana-istana di kota-kota.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1325, hadis nombor 6767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: خرج رسول الله ﷺ وهو يقول: من إكفاء الدين تفصح النبط، واتخاذهم القصور في الأمصار.
[طب، ((الضعيفة)) (2818)]
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA telah berkata: Rasulullah SAW keluar sambil bersabda: Antara tanda terbaliknya agama ialah kefasihan bangsa al-Nabat dan pembinaan mereka terhadap istana-istana di kota-kota.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2818]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.