Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الفقرُ شَينٌ عند الناسِ، وزَينٌ عندَ اللهِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kefakiran itu merupakan suatu yang buruk di sisi manusia, tetapi ianya suatu yang indah di sisi Allah pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 207, hadis no. 1085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - رفعه: ((الفقر شين عند الناس، وزين عند الله يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (4028)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kefakiran itu merupakan suatu yang buruk di sisi manusia, tetapi ianya suatu yang indah di sisi Allah pada hari kiamat. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4028]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman