Kefakiran itu hampir-hampir menyebabkan kekufuran

TEKS BAHASA ARAB

كاد الفقر أن يكون كفرا، وكاد الحسد أن يسبق القدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kefakiran itu hampir-hampir menyebabkan kekufuran, dan sifat dengki itu hampir-hampir mendahului (kepercayaan kepada) qadar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 480, hadis nombor 2578. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن أو أنس –رضي الله عنه- مرفوعا: ((كاد الفقر أن يكون كفرا، وكاد الحسد أن يسبق القدر)).[حل، ابن السكن في ((مصنفه))، هب، عد، ((الضعيفة)) (4080)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan atau Anas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Kefakiran itu hampir-hampir menyebabkan kekufuran, dan sifat dengki itu hampir-hampir mendahului (kepercayaan kepada) qadar.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’, Ibn al-Sakan dalam Musannaf beliau, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4080]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs