Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Kefakiran itu adalah suatu amanah

Teks Bahasa Arab

الفقرُ أمانةٌ فمَنْ كتَمَهُ كان عِبادةً، ومَنْ باحَ بهِ فقدْ قَلَّدَ إخوانَهُ المسلِمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Kefakiran itu adalah suatu amanah, sesiapa yang menyembunyikannya maka ia adalah ibadah, sesiapa yang menzahirkannya maka dia telah mengikat saudaranya dari kaum muslimin.

Sahabat Perawi

  1. Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 608, hadis no. 3157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا يصح) عن عمر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الفقر ‌أمانة فمن كتمه كان عبادة، ومن باح به فقد قلد إخوانه المسلمين)). [ابن حكمان في ((الفوائد))، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (2925)].

(Tidak sahih) Daripada Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kefakiran itu adalah suatu amanah, sesiapa yang menyembunyikannya maka ia adalah ibadah, sesiapa yang menzahirkannya maka dia telah mengikat saudaranya dari kaum muslimin.)) [Riwayat Ibn Hukman dalam al-Fawaid, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2925].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.