Dusta
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبو بكرٍ وعمرُ مِنِّي بمنزلةِ هارونَ من موسى.
Teks Bahasa Melayu
Kedudukan Abu Bakar dan 'Umar di sisiku seperti Harun kepada Musa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1798, hadis no. 9059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب) عن ابن عباس -رضي الله عنها- أن النبي ﷺ قال: أبو بكر وعمر مني بمنزلة هارون من موسى. [خط، ((الضعيفة)) (1734)]
(Dusta) Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Kedudukan Abu Bakar dan 'Umar di sisiku seperti Harun kepada Musa." [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1734]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman