Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kedua mata adalah penunjuk, kedua telinga adalah corong, lidahnya adalah penterjemah

Teks Bahasa Arab

العينانِ دليلانِ، والأذُنانِ قُمعانِ، واللِّسانُ تُرجَمانٌ، واليدانِ جَناحانِ، والكبِدُ رحمةٌ، والطِّحالُ ضَحِكٌ، والرِّئةُ نَفسٌ، والكليتانِ مَكْرٌ، والقَلبُ مَلِكٌ، فإذا صلُحَ الملِكُ صلُحَتْ رعيَّتُهُ، وإذا فسدَ الملِكُ فسدَت رعيَّتُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Kedua mata adalah penunjuk, kedua telinga adalah corong, lidahnya adalah penterjemah, kedua tangannya adalah sayap, hatinya adalah rahmat, limpanya adalah tertawa, paru-parunya adalah nafas, kedua ginjalnya adalah tipu daya dan qalbunya adalah raja. Apabila elok sang raja, maka elok jugalah rakyatnya dan apabila rosaknya sang raja maka rosak jugalah rakyatnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1272, hadis no. 6514. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي سعيد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: العينان دليلان، والأذنان قمعان، واللسان ترجمان، واليدان جناحان، والكبد رحمة، والطحال ضحك، والرئة نفس، والكليتان مكر، والقلب ملك، فإذا صلح الملك صلحت رعيته، وإذا فسد الملك فسدت رعيته. [أبو الشيخ في ((كتاب العظمة))، وفي ((طبقات الأصبهانيين))، ((الضعيفة)) (3956)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Sa'id RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Kedua mata adalah penunjuk, kedua telinga adalah corong, lidahnya adalah penterjemah, kedua tangannya adalah sayap, hatinya adalah rahmat, limpanya adalah tertawa, paru-parunya adalah nafas, kedua ginjalnya adalah tipu daya dan qalbunya adalah raja. Apabila elok sang raja, maka elok jugalah rakyatnya dan apabila rosaknya sang raja maka rosak jugalah rakyatnya. [Riwayat Abu al-Sheikh dalam Kitab al-'Uzmah dan dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3956]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.