Kedua ibubapa akan dipakaikan perhiasan mahkota di hari kiamat kelak

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل علم ولده القرآن إلا توج أبواه يوم القيامة بتاج الملك، وكسيا حلتين لم ير الناس مثلهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang ayah mengajarkan al-Qur’an kepada anaknya melainkan pada hari kiamat kelak, kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan mahkota kerajaan, keduanya dipakaikan perhiasan yang belum pernah manusia lihat sepertinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1382, hadis nombor 7030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن رجاء بن حيوة صاحب عمر بن عبد العزيز، قال: كنا ذات يوم أنا وأبي جميعا، فقال معاذ بن جبل: من هذا يا حيوة؟ قال: هذا ابني رجاء: قال معاذ: فهل علمته القرآن؟ قال: لا، قال: فعلمه القرآن، فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من رجل علم ولده القرآن إلا توج أبواه يوم القيامة بتاج الملك، وكسيا حلتين لم ير الناس مثلهما. ثم ضرب بيده على كتفي، وقال: يا بني إن استطعت أن تكسي والديك حلتين يوم القيامة؛ فافعل. فما حال علي السنة حتى تعلمت القرآن.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6120)]

(Sangat lemah)
Daripada Raja’ bin Haiwah, sahabat ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, katanya: Suatu hari aku dan ayahku ada bersama, lalu Mu’az bin Jabal bertanya: Siapakah ini, wahai Haiwah? Ayahku berkata: Ini anak lelakiku, Raja’. Mu’az bertanya: Adakah kamu telah mengajarkan al-Qur’an kepadanya? Ayahku menjawab: Tidak. Mu’az pun berkata: Ajarkanlah dia al-Qur’an kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang ayah mengajarkan al-Qur’an kepada anaknya melainkan pada hari kiamat kelak, kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan mahkota kerajaan, keduanya dipakaikan perhiasan yang belum pernah manusia lihat sepertinya. Kemudian Mu’az memukul dengan tangannya pada bahuku seraya berkata: Wahai anak! Jika kamu mampu untuk memakaikan kepada kedua orang tuamu dua perhiasan pada hari kiamat, maka lakukanlah. Maka belum berlaku tempoh setahun aku telah pun mempelajari al-Qur’an.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6120]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs