Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من رجلٍ علَّم ولدَه القرآنَ إلا تُوِّجَ أبواهُ يومَ القيامةِ بتاجِ المَلِكِ، وكُسِيَا حُلَّتيْنِ لم يَرَ الناسُ مثلَهما.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seseorang ayah mengajarkan al-Qur'an kepada anaknya melainkan pada hari kiamat kelak, kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan mahkota kerajaan, keduanya dipakaikan perhiasan yang belum pernah manusia lihat sepertinya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1382, hadis no. 7030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Raja' bin Haiwah, sahabat 'Umar bin 'Abd al-'Aziz, katanya: Suatu hari aku dan ayahku ada bersama, lalu Mu'az bin Jabal bertanya: Siapakah ini, wahai Haiwah? Ayahku berkata: Ini anak lelakiku, Raja'. Mu'az bertanya: Adakah kamu telah mengajarkan al-Qur'an kepadanya? Ayahku menjawab: Tidak. Mu'az pun berkata: Ajarkanlah dia al-Qur'an kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang ayah mengajarkan al-Qur'an kepada anaknya melainkan pada hari kiamat kelak, kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan mahkota kerajaan, keduanya dipakaikan perhiasan yang belum pernah manusia lihat sepertinya. Kemudian Mu'az memukul dengan tangannya pada bahuku seraya berkata: Wahai anak! Jika kamu mampu untuk memakaikan kepada kedua orang tuamu dua perhiasan pada hari kiamat, maka lakukanlah. Maka belum berlaku tempoh setahun aku telah pun mempelajari al-Qur'an. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6120]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman