Kedua ibu bapa Nabi SAW dihidupkan semula

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إحياء أبوي النبي صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dihidupkan semula kedua Ibu bapa Nabi SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 33, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع كما قال ابن دحية، وقواه علي قاري، والحق: أنه ضعيف، كما قال ابن شاهين، وابن عساكر.

Palsu seperti yang dikatakan oleh Ibn Dihyah, namun dikuatkan oleh ‘Ali al-Qari. Pandangan yang benar ialah hadith ini lemah seperti dikatakan oleh Ibn Syahin dan Ibn ‘Asakir.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon