Kedua-dua mata itu ibarat penunjuk, kedua-dua telinga ibarat penapis

TEKS BAHASA ARAB

العينان دليلان، والأذنان قمعان، واللسان ترجمان، واليدان جناحان، والكبد رحمة، والطحال ضحك، والرئة نفس، والكليتان مكر، والقلب ملك، فإذا صلح الملك صلحت رعيته، وإذا فسد الملك فسدت رعيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kedua-dua mata itu ibarat penunjuk, kedua-dua telinga ibarat penapis, lidah pula ibarat penterjemah, kedua-dua tangan pula ibarat sayap, hati ibarat rahmat, limpa ibarat tertawa, paru-paru ibarat jiwa, kedua-dua ginjal ibarat tipu daya, dan jantung itu ibarat raja. Maka jika baik seorang raja itu, akan baiklah sesiapa yang di bawah jagaannya dan jika rosak raja itu, maka rosaklah sesiapa yang di bawah jagaannya

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1738, hadis nombor 8746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم-: ((العينان دليلان، والأذنان قمعان، واللسان ترجمان، واليدان جناحان، والكبد رحمة، والطحال ضحك، والرئة نفس، والكليتان مكر، والقلب ملك، فإذا صلح الملك صلحت رعيته، وإذا فسد الملك فسدت رعيته.)) [أبو الشيخ في ((العظمة))، وفي ((طبقات الأصبهانيين))، ((الضعيفة)) (3956)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: ((Kedua-dua mata itu ibarat penunjuk, kedua-dua telinga ibarat penapis, lidah pula ibarat penterjemah, kedua-dua tangan pula ibarat sayap, hati ibarat rahmat, limpa ibarat tertawa, paru-paru ibarat jiwa, kedua-dua ginjal ibarat tipu daya, dan jantung itu ibarat raja. Maka jika baik seorang raja itu, akan baiklah sesiapa yang di bawah jagaannya dan jika rosak raja itu, maka rosaklah sesiapa yang di bawah jagaannya)).
[Riwayat Abu Shaykh dalam al-‘Azhamah dan dalam Tabaqat al-Ashbahaniyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3956].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs