Kedekatan kepada Nabi dengan mencintai Ali

TEKS BAHASA ARAB

عليّ أقضى أمتي بكتاب الله، فمن أحبني فليحبه؛ فإن العبد لا ينال ولايتي إلا بحب علي عليه السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ali adalah individu yang paling berhak menghukumi (memberikan keputusan) dengan kitab Allah dari kalangan umatku, sesiapa yang mencintaiku maka hendaklah dia mencintainya (Ali), sesungguhnya seseorang hamba itu tidak akan memperolehi kedekatan denganku, melainkan dengan mencintai Ali AS.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 486, hadis nombor 2615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((عليّ أقضى أمتي بكتاب الله، فمن أحبني فليحبه؛ فإن العبد لا ينال ولايتي إلا بحب علي عليه السلام)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4883)]

(Munkar pada lafaz ini)
Daripada Ibnu Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
Ali adalah individu yang paling berhak menghukumi (memberikan keputusan) dengan kitab Allah dari kalangan umatku, sesiapa yang mencintaiku maka hendaklah dia mencintainya (Ali), sesungguhnya seseorang hamba itu tidak akan memperolehi kedekatan denganku, melainkan dengan mencintai Ali AS.
[Riwayat Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4883]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs