Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَغِّرُوا الخُبْزَ، وأَكْثِرُوا عَدَدَهُ؛ يُبَارَكْ لكم فيه.
Teks Bahasa Melayu
Kecilkanlah roti, namun perbanyakkan bilangannya, nescaya kalian akan diberkati padanya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 403, hadis no. 2162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Kecilkanlah roti, namun perbanyakkan bilangannya, nescaya kalian akan diberkati padanya". [Riwayat Abu Bakr al-Isma’ili dan al-Azdi dalam al-Du’afa’ wa al-Matrukin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3771].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman