Kecilkan saiz roti kalian dan perbanyakkanlah bilangannya

TEKS BAHASA ARAB

صغروا الخبز وأكثروا عدده يبارك لكم فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kecilkan saiz roti kalian dan perbanyakkanlah bilangannya, moga kalian diberkati kerananya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 118, hadis nombor 175. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

واه، وقد ذكره ابن الجوزي في الموضوعات.

(Hadis ini) sangat lemah, dan telah disebutkan oleh Ibn al-Jawzi dalam kitab al-Mawdu’at.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.