Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الويلُ كلُّ الويلِ لمن تركَ عيالَه بخيرٍ وقدم على ربِّه بشرٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Kecelakaan seluruh kecelakaan bagi sesiapa yang meninggalkan (keluarga) tanggungannya dengan kebaikan, namun dia datang kepada Tuhannya dengan keburukan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1988, hadis no. 9955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الويل كل الويل لمن ترك عياله بخير، وقدم على ربه بشر)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (1658)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Kecelakaan seluruh kecelakaan bagi sesiapa yang meninggalkan (keluarga) tanggungannya dengan kebaikan, namun dia datang kepada Tuhannya dengan keburukan.” [Riwayat al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1658]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman