Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جَمَالُ الرَّجُلِ فَصاحَة لِسانِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Kecantikan seseorang lelaki terletak pada kefasihan lidahnya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 31, hadis no. 144. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin 'Abdul Rahman bin al-Jarud al-Raqqi, beliau seorang pendusta yang memalsukan hadith. Al-Zahabi berkata bahawa hadith tersebut adalah sebahagian hadith-hadith palsu beliau. Saya berkata: Saya telah menemui hadith tersebut dalam Amali oleh al-Tusi melalui satu lagi sanad lain yang semakna dengan hadith tersebut, namun berbeza lafaznya. Demikian juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn al-Anbar dalam al-Waqf Wa al-Ibtida' hadith seumpamanya, melalui hadith Muhammad bin 'Ali secara mursal. Seakan-akan hadith tersebut asalnya adalah melalui kalam Muhammad bin 'Ali, lalu perawi-perawi pendusta telah meriwayatkannya secara marfu'. Wallahua'lam.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman