Kecantikan itu adalah tepatnya ucapan dengan kebenaran

TEKS BAHASA ARAB

الجمال صواب القول بالحق، والكمال حسن العفاف بالصدق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kecantikan itu adalah tepatnya ucapan dengan kebenaran, manakala kesempurnaan itu adalah eloknya sifat menjaga diri dengan kebenaran.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis nombor 882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن جابر -رضي الله عنه-، قال: جاء العباس إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- وعليه ثياب بياض، فلما نظر تبسم، قال العباس: يا رسول الله ما الجمال؟ قال الجمال صواب القول بالحق، والكمال حسن العفاف بالصدق.
[أبو نعيم في ((فضائل الخلفاء الأربعة))، السلفي في ((أحاديث وحكايات))، ابن النجار، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (748)]

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir – Raḍiyallāhu ‘anhu – beliau berkata: Al-‘Abbas datang kepada Nabi ﷺ dengan memakai pakaian berwarna putih. Ketika dia memandang Nabi ﷺ maka baginda senyum. al-‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah ﷺ apakah yang dimaksudkan dengan kecantikan itu ? Baginda ﷺ bersabda: Kecantikan itu adalah tepatnya ucapan dengan kebenaran, manakala kesempurnaan itu adalah eloknya sifat menjaga diri dengan kebenaran.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Fadha’il al-Khulafa’ al-Arbaah, al-Silafi Dalam Ahadith Wa al-Hikayat, Ibn Najjar, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 748]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs