Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجَمالُ صوابُ القَولِ بالحقِّ، والكَمالُ حُسنُ العفافِ بالصدقِ.
Teks Bahasa Melayu
Kecantikan itu adalah tepatnya ucapan dengan kebenaran, manakala kesempurnaan itu adalah eloknya sifat menjaga diri dengan kebenaran.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 174, hadis no. 882. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: جاء العباس إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- وعليه ثياب بياض، فلما نظر تبسم، قال العباس: يا رسول الله ما الجمال؟ قال الجمال صواب القول بالحق، والكمال حسن العفاف بالصدق. [أبو نعيم في ((فضائل الخلفاء الأربعة))، السلفي في ((أحاديث وحكايات))، ابن النجار، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (748)]
(Terlalu Daif) Daripada Jabir - Raḍiyallāhu ‘anhu - beliau berkata: Al-‘Abbas datang kepada Nabi ﷺ dengan memakai pakaian berwarna putih. Ketika dia memandang Nabi ﷺ maka baginda senyum. al-‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah ﷺ apakah yang dimaksudkan dengan kecantikan itu ? Baginda ﷺ bersabda: Kecantikan itu adalah tepatnya ucapan dengan kebenaran, manakala kesempurnaan itu adalah eloknya sifat menjaga diri dengan kebenaran. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Fadha’il al-Khulafa’ al-Arbaah, al-Silafi Dalam Ahadith Wa al-Hikayat, Ibn Najjar, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 748]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman