Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Kecantikan adalah berkata-kata dengan kebenaran

Teks Bahasa Arab

الجَمالُ صَوَابُ القَوْلِ بالحَقِّ والكَمالُ حُسْنُ الفِعالِ بالصدق.

Teks Bahasa Melayu

Kecantikan adalah berkata-kata dengan kebenaran dan kesempurnaan pula adalah perbuatan baik (yang dilakukan) dengan sebenar-benarnya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 31, hadis no. 147. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia juga turut dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan al-Tusi dalam Amali beliau dengan sanad yang saqit (gugur kelayakan berhujjah), manakala matannya pula batil.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.