Keburukan itu ada 70 bahagian

TEKS BAHASA ARAB

الخبث سبعون جزءا؛ فجزء في الجن والإنس، وتسع وستون في البربر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keburukan itu ada 70 bahagian, satu bahagian ada pada jin dan manusia. 69 bahagian ada pada bangsa Barbar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1820, hadis nombor 9171. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الخبث سبعون جزءا؛ فجزء في الجن والإنس، وتسع وستون في البربر)). [الفسوي، طس، ابن قانع، ((الضعيفة)) (2535)]

(Lemah) Daripada ‘Uthmān bin ‘Affān RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Keburukan itu ada 70 bahagian, satu bahagian ada pada jin dan manusia. 69 bahagian ada pada bangsa Barbar. [Riwayat al-Fasawī dalam al-Ma‘rifah wa al-Tārīkh, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, I[Riwayat Ya‘qūb al-Fasawī dalam al-Ma‘rifah wa al-Tārīkh, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn Qāni‘ dalam Mu‘jam al-Ṣaḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2535]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs