Keburukan banyak bersyair

TEKS BAHASA ARAB

لأن يمتلئ جوف أحدكم من عانته إلى لهاته قيحا يتمخض مثل السقاء خير له من أن يمتلئ شعرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rongga anak tekak sehingga hujung perut kalian yang penuh dengan nanah membeku seperti cecair membeku di dalam bekas lebih baik daripada yang dipenuhi dengan syair.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1638, hadis nombor 8285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن عوف بن مالك – رضي الله عنه -، قال: سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((لأن يمتلئ جوف أحدكم من عانته إلى لهاته قيحا يتمخض مثل السقاء خير له من أن يمتلئ شعرا)). [الطحاوي، طب، ((الضعيفة)) (6375)]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Auf Bin Malik RA, beliau berkata bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Rongga anak tekak sehingga hujung perut kalian yang penuh dengan nanah membeku seperti cecair membeku di dalam bekas lebih baik daripada yang dipenuhi dengan syair.))
[Riwayat al-Tahawi, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6375].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs