Kebumikanlah orang-orang yang mati di antara kalian di sisi orang-orang yang soleh

TEKS BAHASA ARAB

ادفنوا موتاكم وسط قوم صالحين، فإن الميت يتأذى بجار السوء، كما يتأذى الحي بجار السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebumikanlah orang-orang yang mati di antara kalian di sisi orang-orang yang soleh, ini kerana sesungguhnya orang yang mati itu akan merasa terganggu dengan jirannya yang jahat sebagaimana yang hidup merasa terganggu dengan jirannya yang jahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1718-1719, hadis nombor 8642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، قال: ((ادفنوا موتاكم وسط قوم صالحين، فإن الميت يتأذى بجار السوء، كما يتأذى الحي بجار السوء.)) [الفلاكي في ((الفوائد))، حل، ((الضعيفة))(563، 613)].

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: ((Kebumikanlah orang-orang yang mati di antara kalian di sisi orang-orang yang soleh, ini kerana sesungguhnya orang yang mati itu akan merasa terganggu dengan jirannya yang jahat sebagaimana yang hidup merasa terganggu dengan jirannya yang jahat.))
[Riwayat al-Falaki di dalam al-Fawaid dan Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 563, 613].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs