Kebinasaan umatku kerana bersikap fanatik, qadariyyah dan mengambil riwayat yang tidak thabit (jelas)

TEKS BAHASA ARAB

هلاك أمتي في العصبية، والقدرية، والرواية من غير ثبت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebinasaan umatku kerana bersikap fanatik, qadariyyah dan mengambil riwayat yang tidak thabit (jelas).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1264, hadis nombor 6460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما ملافوعا: هلاك أمتي في العصبية، والقدرية، والرواية من غير ثبت.
[طب، عق، ابن أبي عاصم، الأصم في ((حديثه))، أبو الحسن القاضي الشريف في ((المشيخة))، أبو نعيم في ((المستخرج على مسلم))، الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل))، عد، اللالكائي، ((الضعيفة)) (3406)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kebinasaan umatku kerana bersikap fanatik, qadariyyah dan mengambil riwayat yang tidak thabit (jelas).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-'Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn Abi 'Asim, al-Asam dalam Hadith, Abu al-Hasan al-Qadiy al-Sharif dalam al-Mashaikhah, Abu Nu'aim dalam al-Mustakhraj 'Ala Muslim, al-Ramaharmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Lalaka'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3406]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs