Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هلاكُ أمَّتي في العصبيَّةِ، والقدَريَّةِ، والرِّوايةِ من غيرِ ثَبتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Kebinasaan umatku kerana bersikap fanatik, qadariyyah dan mengambil riwayat yang tidak thabit (jelas).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1264, hadis no. 6460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما ملافوعا: هلاك أمتي في العصبية، والقدرية، والرواية من غير ثبت. [طب، عق، ابن أبي عاصم، الأصم في ((حديثه))، أبو الحسن القاضي الشريف في ((المشيخة))، أبو نعيم في ((المستخرج على مسلم))، الرامهرمزي في ((المحدث الفاصل))، عد، اللالكائي، ((الضعيفة)) (3406)].
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Kebinasaan umatku kerana bersikap fanatik, qadariyyah dan mengambil riwayat yang tidak thabit (jelas). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-'Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn Abi 'Asim, al-Asam dalam Hadith, Abu al-Hasan al-Qadiy al-Sharif dalam al-Mashaikhah, Abu Nu'aim dalam al-Mustakhraj 'Ala Muslim, al-Ramaharmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Lalaka'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3406]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman