Kebinasaan umatku ialah orang alim yang jahat dan ahli ibadat yang jahil

TEKS BAHASA ARAB

حديث: هلاك أمتي عالم فاجر وعابد جاهل، وشرار الشرار شرار العلماء، وخير الخيار خيار العلماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kebinasaan umatku ialah orang alim yang jahat dan ahli ibadat yang jahil. Dan sejahat jahat orang ialah ulama’ yang jahat. Dan sebaik-baik orang ialah ulama’ yang baik.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 288, hadis nombor 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لَمْ يوجد.

Tidak dijumpai.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs