Kebinasaan umatku disebabkan orang alim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: هلاك أمتي عالم فاجر، وعالم جاهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kebinasaan umatku disebabkan orang alim yang jahat dan orang alim yang jahil.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 213, hadis nombor 678. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: لم يوجد كذا في المختصر.

Ali Qari berkata: Tidak ditemui lafaz sedemikian dalam al-Mukhtasar.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.