Kebimbangan terhadap para pemimpin yang menyesatkan umat

TEKS BAHASA ARAB

لست أخاف على أمتي جوعا يقتلهم، ولا عدوا يجتاحهم، ولكني أخاف على أمتي أئمة مضلين؛ إن أطاعوهم؛ فتنوهم، وإن عصوهم، قتلوهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah aku bimbang kepada umatku kelaparan yang akan membunuh mereka atau musuh yang akan menentang mereka, namun aku bimbang terhadap umatku para pemimpin yang menyesatkan, jika umatku mentaati mereka, pemimpin itu akan menimbulkan fitnah terhadap umatku dan jika umatku menentang mereka, mereka akan membunuh umatku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1369, hadis nombor 6972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، عن رسول الله ﷺ قال: لست أخاف على أمتي جوعا يقتلهم، ولا عدوا يجتاحهم، ولكني أخاف على أمتي أئمة مضلين؛ إن أطاعوهم؛ فتنوهم، وإن عصوهم، قتلوهم.
[طب، ((الضعيفة)) (5936)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Tidaklah aku bimbang kepada umatku kelaparan yang akan membunuh mereka atau musuh yang akan menentang mereka, namun aku bimbang terhadap umatku para pemimpin yang menyesatkan, jika umatku mentaati mereka, pemimpin itu akan menimbulkan fitnah terhadap umatku dan jika umatku menentang mereka, mereka akan membunuh umatku.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5936]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs