TEKS BAHASA ARAB
ما أخاف على أمتي فتنة أخوف عليها من النساء والخمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak bimbang fitnah (bencana) terhadap umatku yang lebih dibimbangi daripada (fitnah) wanita dan arak terhadap umatku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1334, hadis nombor 6815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه مرفوعا: ما أخاف على أمتي فتنة أخوف عليها من النساء والخمر.
[المحاملي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (3885)]
(Lemah)
Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak bimbang fitnah (bencana) terhadap umatku yang lebih dibimbangi daripada (fitnah) wanita dan arak terhadap umatku.
[Riwayat al-Mahamili dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3885]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.