Kebiasaannya apabila Baginda SAW minum dalam bekas, Baginda bernafas sebanyak tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا شرب في الإناء تنفس ثلاثة أنفاس، يحمد الله – عز وجل – في كل نفس، ويشكره في آخرهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebiasaannya apabila Baginda SAW minum dalam bekas, Baginda bernafas sebanyak tiga kali, pada setiap nafas Baginda memuji Allah ‘azza wa jalla dan pada nafas terakhir Baginda bersyukur kepada-Nya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis nombor 7550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا شرب في الإناء تنفس ثلاثة أنفاس، يحمد الله – عز وجل – في كل نفس، ويشكره في آخرهن. [ابن السني، ((الضعيفة)) (4203)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: Kebiasaannya apabila Baginda SAW minum dalam bekas, Baginda bernafas sebanyak tiga kali, pada setiap nafas Baginda memuji Allah ‘azza wa jalla dan pada nafas terakhir Baginda bersyukur kepada-Nya.
[Riwayat Ibn al-Sunni dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4203]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs