Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ - صلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ - إذا شرِبَ في الإناءِ تنفَّس ثلاثةَ أنفاسٍ يحمَدُ اللَّهُ تعالى في كلِّ نفس ويشكرُه في آخرهِنّ.
Teks Bahasa Melayu
Kebiasaannya apabila Baginda SAW minum dalam bekas, Baginda bernafas sebanyak tiga kali, pada setiap nafas Baginda memuji Allah 'azza wa jalla dan pada nafas terakhir Baginda bersyukur kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis no. 7550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - إذا شرب في الإناء تنفس ثلاثة أنفاس، يحمد الله - عز وجل - في كل نفس، ويشكره في آخرهن. [ابن السني، ((الضعيفة)) (4203)]
(Sangat Lemah) Daripada 'Abdullah bin Mas'ud RA, katanya: Kebiasaannya apabila Baginda SAW minum dalam bekas, Baginda bernafas sebanyak tiga kali, pada setiap nafas Baginda memuji Allah 'azza wa jalla dan pada nafas terakhir Baginda bersyukur kepada-Nya. [Riwayat Ibn al-Sunni dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4203]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman