Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman

TEKS BAHASA ARAB

تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selitlah (jarimu ketika berwuduk) kerana ia merupakan (sebahagian dari penjagaan) kebersihan dan kebersihan membawa kepada iman dan iman berada bersama (akan membawa bersama) tuannya di dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis nombor 8240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة)). [طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (5277)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Selitlah (jarimu ketika berwuduk) kerana ia merupakan (sebahagian dari penjagaan) kebersihan dan kebersihan membawa kepada iman dan iman berada bersama (akan membawa bersama) tuannya di dalam syurga.))
[Riwayat al-Tabarani dalamal-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan dan al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5277].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.