Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تخلّلوا؛ فإنه نظافةٌ، والنظافةٌ تدعو إلى الإيمانِ، والإيمانُ مع صاحبِه في الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Selitlah (jarimu ketika berwuduk) kerana ia merupakan (sebahagian dari penjagaan) kebersihan dan kebersihan membawa kepada iman dan iman berada bersama (akan membawa bersama) tuannya di dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis no. 8240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن مسعود - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((تخللوا؛ فإنه نظافة، والنظافة تدعو إلى الإيمان، والإيمان مع صاحبه في الجنة)). [طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (5277)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Selitlah (jarimu ketika berwuduk) kerana ia merupakan (sebahagian dari penjagaan) kebersihan dan kebersihan membawa kepada iman dan iman berada bersama (akan membawa bersama) tuannya di dalam syurga.)) [Riwayat al-Tabarani dalamal-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan dan al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5277].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman