Keberkatan makanan itu adalah (dengan) berwuduk pada sebelumnya dan selepasnya

TEKS BAHASA ARAB

بركة الطعام الوضوء قبله وبعده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Keberkatan makanan itu adalah (dengan) berwuduk pada sebelumnya dan selepasnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis nombor 2037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمان، قال: في التوراة أن بركة الطعام الوضوء قبله، فذكرت ذلك للنبي ﷺ قال: «بركة الطعام الوضوء قبله وبعده». [الطيالسي، د، ت، البغوي، ك، حم، «الضعيفة» (168)].

(Lemah) Daripada Salman, beliau berkata: Dalam kitab Taurat (menyebutkan) bahawa keberkatan makanan itu adalah (dengan) berwuduk sebelumnya. Lalu aku menyebutkan yang demikian kepada Nabi ﷺ. Baginda bersabda: "Keberkatan makanan itu adalah (dengan) berwuduk pada sebelumnya dan selepasnya". [Riwayat al-Tayalisi, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baghawi, al-Hakim dan Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 168].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs