Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
برَكَةُ الطَّعامِ الوضوءُ قبلَهُ وبعدَه.
Teks Bahasa Melayu
Keberkatan makanan itu adalah (dengan) berwuduk pada sebelumnya dan selepasnya.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis no. 2037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمان، قال: في التوراة أن بركة الطعام الوضوء قبله، فذكرت ذلك للنبي ﷺ قال: «بركة الطعام الوضوء قبله وبعده». [الطيالسي، د، ت، البغوي، ك، حم، «الضعيفة» (168)].
(Lemah) Daripada Salman, beliau berkata: Dalam kitab Taurat (menyebutkan) bahawa keberkatan makanan itu adalah (dengan) berwuduk sebelumnya. Lalu aku menyebutkan yang demikian kepada Nabi ﷺ. Baginda bersabda: "Keberkatan makanan itu adalah (dengan) berwuduk pada sebelumnya dan selepasnya". [Riwayat al-Tayalisi, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baghawi, al-Hakim dan Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 168].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman