Keberkatan itu terdapat pada tiga perkara: Jual beli bertangguh,kerjasama dan mencampurkan gandum dengan barli

TEKS BAHASA ARAB

حديث: البركة في ثلاث: في البيع إلى أجل والمقارضة واختلاط الشعير بالبر لا للبيع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Keberkatan itu terdapat pada tiga perkara: Jual beli bertangguh, kerjasama dalam menghasilkan keuntungan sama ada modal atau usaha dan juga mencampurkan gandum dengan barli bukan untuk dijual.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 147-148, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن صهيب مرفوعا. وفي لفظ له: للبيت لا يبيع للسوق. قال في اللآلىء: موضوع وفي إسناده: مجهولان. وقد أخرجه ابن ماجه في سننه من طريق أحد المجهولين. قال الذهبي: هو حديث واه.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Suhaib secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada lafaz riwayatnya: (Dibuat campuran gandum dan barli) untuk rumah bukan dijual dipasar. Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali’: Ia palsu dan pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak dikenali. Ibn Majah telah meriwayatkan di dalam kitab Sunannya daripada jalur riwayat salah seorang yang tidak dikenali. Al-Zahabi berkata: Ia adalah hadis wahin (lemah).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs