TEKS BAHASA ARAB
البركة في صغر القرص، وطول الرشا، وقصر الجداول.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Keberkatan itu pada roti berbentuk leper yang kecil, tali yang panjang dan anak sungai kecil yang mengalir.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1829, hadis nombor 9224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنها – مرفوعا: ((البركة في صغر القرص، وطول الرشا، وقصر الجداول)). [فر، (الضعيفة) (3378)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Keberkatan itu pada roti berbentuk leper yang kecil, tali yang panjang dan anak sungai kecil yang mengalir. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3378]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.