Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Kebenaran tidak meninggalkan seorang kawan pun kepada 'Umar

Teks Bahasa Arab

مَا تَرَكَ الْحَقُّ لِعُمَرَ صَدِيقًا.

Teks Bahasa Melayu

Kebenaran tidak meninggalkan seorang kawan pun kepada 'Umar.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 80, hadis no. 351. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هذا غير معروف عن عمر، لا عنه ولا عن غيره، نعم جاء عن أبي ذر قال: "ما زال بي الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر حتى ما ترك الحق لي صديقا".

Ungkapan ini tidak terkenal daripada 'Umar, tidak daripada beliau dan tidak juga daripada selain beliau. Ya, telah diriwayatkan daripada Abu Dhar, katanya: "Aku sentiasa menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar hingga kebenaran tidak meninggalkan seorang pun kawan kepadaku".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.